Thursday, August 13, 2009

PENDIRIAN MB KELENTAN MENGELIRUKAN

SETIU 13 Ogos - Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering berubah-ubah berkaitan hukum agama dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap Nik Abdul Aziz yang tidak konsisten termasuk dalam isu penghinaan terhadap Islam oleh DAP jelas boleh memesongkan fahaman dalam Islam.
Beliau turut mempertikaikan keupayaan parti tersebut untuk menegakkan hukum hudud sedangkan pendirian pemimpinnya masih tidak tetap dan berubah-ubah.
"Kita bimbang, penghinaan terhadap agama (oleh DAP terhadap Islam) telah dihalalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim di sini hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana bagi Menteri Besar Kelantan itu, DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka mengenai Islam tidak mendalam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan kesuciannya telah disalahertikan oleh bukan Islam.

komen :

Sudah menjadi kebiasaan bila dah gila kuasa dan tamak hak sanggup membiarkan apa orang kata biarpun menghina agama Islam. Inikah pemimpin yang dianggap ulamak yang cuma membisu demi kepentingan politik beliau.

1 comment:

  1. Salam,

    Samalah, kalau kerja semata-mata kerana nak kan sesuatu, bukan kerana tanggungjwab.....ikut sahajalah apa nak cakap janji buat..... itulah perangai PAS...

    ReplyDelete