Tuesday, September 8, 2009


Pintu rundingan Pas-UMNO tertutup rapat - Nik Aziz
KOTA BHARU 8 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

ggk rimba..Pas lebih suka melihat satu hari nanti orang melayu ditindas.Islam dikuasai oleh orang bukan Islam. Jadilah kita seperti palestin Vs Israel.

Thursday, September 3, 2009


Peneroka terima duit raya RM37.23j
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.

ggk rimba...

bagi yang bukan peneroka mereka juga memerlukan tambahan duit raya. ini harus juga difikirkan kepada mereka yang berpendapatan kurang dari 2 ribu. tahniah kepada para peneroka..tetapi yang hairan kenapa ada juga peneroka yang tidak sedar dan masih menentang. Anda sentiasa dibela.

Tuesday, September 1, 2009



Nik Aziz sokong parti satukan semua kaum
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini. :Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini. “Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam. “Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada tapi kalau nak rombak juga boleh syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam. Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam. Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat. “Sekiranya tak nak terima Pas parti baru yang ditubuhkan itu boleh menerima semua parti tidak kira daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. “Tetapi kalau boleh terima Pas lagi baik tak payah kita rombak,” katanya. Beliau berkata, Pas juga bersedia menerima penyertaan ahli bukan Islam yang ingin menyokong parti itu. “Kami buat Pas. Melayu nak duduk situ boleh, Cina nak duduk situ boleh, semua sekali boleh. Waktu Allahyarham Zulkifli Mohamad, sudah lama bersungut, Pas ini kena terima ahli-ahli yang bukan Islam . Sekadar nak sokong tak ada apa,” katanya.
ggk rimba..
Satu lagi Pas dipermainkan oleh PKR. Yang nyata BN benar-benar memperjuangkan Islam Dan Orang Melayu di tolak.Parti Setahun jagung (PKR) dapat menguasai PAS dalam sekalip mata saja.

Wednesday, August 26, 2009


TOMAHAN TANPA USUL PERIKSA


kepada Yang Menulis ttg Ketua Pemuda UMNO Pahang, Sdr Abu Jimi Bin Samat dalam ruangan sms sinar harian 26/8/09. "Mengutip 100 ribu tandatangan mengutuk Anwar Ibrahim hanya mencari glamor." Setiap perbuatan yang baik selalu mendapat perhatian dan tomahan. Jadi sedarlah bahawa lebih baik berbuat sesuatu daripada membuat fitnah dan tomahan. mereka ini tergolong dalam golongan yang kita doakan mendapat petunjuk Allah S.W.T. Setiap niat seseorang itu hanya Allah maha mengetahui. Tak payahlah Saudara mentafsirkannya. Kepada SINAR HARIAN pula tapis-tapis la cita korang tu. Tak payah la sampai satu hari nanti lebih dikenali sebagai SINAR HAIRAN.

Wednesday, August 19, 2009


PADANG GOLF EMPANG JALIH MERUGIKAN.

Menurut seorang penceramah, Golf bagi beliau adalah Golongan Orang Lemah Fikiran. Hujah beliau, di bawah panas terik mentari, pemain golf begitu asyik memukul bola di tengah padang. Bersukan atau berjemur ? Namun bagi mereka, bermain golf ada class ! Permainan ini memakan belanja besar. Berlatih di `driving range’ kena bayar. Belum lagi dikira wang yang digunakan untuk membeli set kayu golf, bola golf dan bayaran permainan.
Di Lipis, terdapat juga padang golf yang dikenali sebagai Kelab Golf Empang Jaleh. Golf ini terletak 14 km dari bandar Kuala Lipis dan 7 km dari jalan utama (Lipis – Gua Musang). Dulunya, ia menawarkan permainan golf 18 dan 9 lubang.
Kami bersama pemuda Lipis telah membuat tinjauan untuk melihat sendiri projek sakit ini. Padang yang luas kini terbiar. Jika ia dijadikan kawasan pertanian atau perladangan, tentulah sudah memberikan hasil lumayan. Ini kerana, ladang sawit yang mengelilingi padang golf tersebut adalah begitu subur.
Di samping itu, rumah kelab yang didirikan di bahagian pintu masuk begitu terbiar. Banyak kemudahan yang sudah dirosakkan. Bangunan rumah kelab ini agak besar dan jika ia dijadikan tempat latihan seperti`marginal training’ atau program bina ketahanan diri, tentu sudah ramai yang mendapat manfaat.
Kami yakin bahawa Golf Empang Jaleh ditutup kerana tidak mendapat pulangan atau dengan kata lain, mengalami kerugian. Projek yang menggunakan wang rakyat tetapi tidak menguntungkan rakyat. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik komen seorang pemain golf tentang Golf Empang Jaleh.

KOMEN GGK RIMBA.

Utk makluman tn, komen ini dipetik dari blog Paslipis. Saya sebagai seorang yang mengetahui isu ini dan pernah bermain disini, Permainan Golf bukanlah satu permainan utk orang golongan kaya. Jika anda ketahui sekarang ini kita boleh mendapatkan satu set kayu golf yang lebih murah dari alat permainan yang lain. Cuma bagi yang berkemampuan itu cerita lain. Bermain ditengah panas, permainan lainpun begitu juga. Ini sikap orang kita yang suka mencari salah orang lain. Untuk penyelenggaraan pula pihak pengurusan menggunakan duit ahli golf sendiri dan juga sumbangan dari mereka yang memberi.

Monday, August 17, 2009

Anwar sedang berdansa dengan anak mendiang Lim Goh Tong, tokey Genting - kenapa yang sekarang dia nak marah sangat kat Genting???



NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA.
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir
KOMEN

Kalau mcm tu kita mari ramai-ramai masuk pas. dah tentu masuk syurga. cuma nak tanya apa yang Rasulullah Suruh kita beribadat, Seperti sembahyang tu nak buat ke tidak? sebab masuk syurga dah tentu, Cuma lambat je agaknya.

Sunday, August 16, 2009

H1N1 kini tahap tenat
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).
KOMEN
Dalam kita membenteras menularnya selsema BABI, Dimanakah perginya PAS, PKR Dan DAP. Kenapa mendiamkan diri. Adakah hanya Kerajaan yang diimpikan? Masalah ditinggalkan.Rakyat semakin Kurang. Dimanakah Nilainya nyawa? Hanya meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Saja? Parti yang mementingkan diri sendiri. HIDUP ANWAR..HIDUP NIK AZIZ.. HIDUP KARPAL SIGH...Hancusssssss....

Thursday, August 13, 2009

PENDIRIAN MB KELENTAN MENGELIRUKAN

SETIU 13 Ogos - Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering berubah-ubah berkaitan hukum agama dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap Nik Abdul Aziz yang tidak konsisten termasuk dalam isu penghinaan terhadap Islam oleh DAP jelas boleh memesongkan fahaman dalam Islam.
Beliau turut mempertikaikan keupayaan parti tersebut untuk menegakkan hukum hudud sedangkan pendirian pemimpinnya masih tidak tetap dan berubah-ubah.
"Kita bimbang, penghinaan terhadap agama (oleh DAP terhadap Islam) telah dihalalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim di sini hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana bagi Menteri Besar Kelantan itu, DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka mengenai Islam tidak mendalam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan kesuciannya telah disalahertikan oleh bukan Islam.

komen :

Sudah menjadi kebiasaan bila dah gila kuasa dan tamak hak sanggup membiarkan apa orang kata biarpun menghina agama Islam. Inikah pemimpin yang dianggap ulamak yang cuma membisu demi kepentingan politik beliau.

Tuesday, August 11, 2009


Maruah tergadai kerana janji
KUALA LUMPUR 12 Julai – ‘‘Setiap kali aku bernafas, aku mengingatimu.”Itulah antara ungkapan cinta indah dilafazkan oleh jejaka Arab kepada gadis yang ingin ditawan.
Wanita Malaysia jelita, pintar
KUALA LUMPUR 12 Julai – Kelembutan dan keayuan paras rupa wanita Malaysia khususnya gadis Melayu mendorong jejaka Asia Barat untuk menjalin hubungan cinta dengan mereka.


ggk rimba..


Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan.

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati
Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

ggk rimba..

Terlalu inginkan kuasa, arakpun boleh jadi halal. sedar la ooiii...

Monday, August 10, 2009

NEGARA DALAM BAHAYA


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.
GGK RIMBA
Sekiranya kita sudah tidak pandai melihat dan meneliti yang mana baik dan buruk, TERIMALAH AKIBATNYA .

Sunday, August 9, 2009

MALAYSIA BUKAN SARANG PENGANAS


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada sebab untuk pelaburan asing langsung (FDI) ke negara ini terjejas kerana Malaysia bukan sarang melatih pengganas.
Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki rekod cukup baik dalam memerangi aktiviti keganasan.
''Sebab itu Noordin Mat Top meninggalkan negara ini dan lari ke Indonesia. Jadi tanggapan itu (yang mengaitkan Malaysia sebagai sarang melatih pengganas) adalah sama sekali salah,'' katanya. [ KLIK ]


gagak rimba.


tetapi harus diingat, malaysia mungkin akan menjadi sarang pengganas jika tidak di bendung. Ini ternyata dapat dilihat sejak akhir-akhir ini ekoran dari beberapa siri demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali ini telahpun dilakukan oleh pihak PR dan adik beradiknya.

Thursday, March 5, 2009

PEMUDA CELAKA

Semua pihak tahu, pemuda harapan bangsa. tidak dapat tidak, kita sebagai pemuda merasa tempias diatas kata-kata biadab karpal. Tidak kira dari parti mana, agama apa, golongan mana. PEMUDA PAS, PEMUDA UMNO, PEMUDA KEADILAN atau sebagainya.
Celaka! Celaka! Celaka! Panas, Pedas mendengarnya. Ungkapan ini dilontarkan oleh Karpal dengan nada yang cukup berani. Dimana Pemuda-pemuda?Adakah anda semua diam seribu bahasa.
Setuju atau tidak kita terlalu menggunakan kebebasan bersuara hinggakan mereka tak sedar atau buat-buat tak sedar hinggakan seperti pepatah melayu "Kadut Naik Junjung". Kebebasan bersuara disalah erti.
Pemuda kampung malu melihat pertengkaran mulut disertai dengan insiden pergaduhan di luar dewan. Amat memalukan. Inikah keharmonian yang telah lama di pupuk oleh nenek moyang kita dahulu.

salam perkenalan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan kepada semua para pembaca blog yang dihormati. Diharap dengan kehadiran laman Blog ini akan dapat berkongsi maklumat dan apa-apa yang berkaitan.Bermula pada bulan mac ini, saya akan bersama-sama melontarkan pandangan, ideal, kritikan yang membina dari masa ke semasa.
Anak kampung yang bercita-cita besar meluahkan pendapat dari kaca mata orang-orang kampung.