Wednesday, August 19, 2009


PADANG GOLF EMPANG JALIH MERUGIKAN.

Menurut seorang penceramah, Golf bagi beliau adalah Golongan Orang Lemah Fikiran. Hujah beliau, di bawah panas terik mentari, pemain golf begitu asyik memukul bola di tengah padang. Bersukan atau berjemur ? Namun bagi mereka, bermain golf ada class ! Permainan ini memakan belanja besar. Berlatih di `driving range’ kena bayar. Belum lagi dikira wang yang digunakan untuk membeli set kayu golf, bola golf dan bayaran permainan.
Di Lipis, terdapat juga padang golf yang dikenali sebagai Kelab Golf Empang Jaleh. Golf ini terletak 14 km dari bandar Kuala Lipis dan 7 km dari jalan utama (Lipis – Gua Musang). Dulunya, ia menawarkan permainan golf 18 dan 9 lubang.
Kami bersama pemuda Lipis telah membuat tinjauan untuk melihat sendiri projek sakit ini. Padang yang luas kini terbiar. Jika ia dijadikan kawasan pertanian atau perladangan, tentulah sudah memberikan hasil lumayan. Ini kerana, ladang sawit yang mengelilingi padang golf tersebut adalah begitu subur.
Di samping itu, rumah kelab yang didirikan di bahagian pintu masuk begitu terbiar. Banyak kemudahan yang sudah dirosakkan. Bangunan rumah kelab ini agak besar dan jika ia dijadikan tempat latihan seperti`marginal training’ atau program bina ketahanan diri, tentu sudah ramai yang mendapat manfaat.
Kami yakin bahawa Golf Empang Jaleh ditutup kerana tidak mendapat pulangan atau dengan kata lain, mengalami kerugian. Projek yang menggunakan wang rakyat tetapi tidak menguntungkan rakyat. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik komen seorang pemain golf tentang Golf Empang Jaleh.

KOMEN GGK RIMBA.

Utk makluman tn, komen ini dipetik dari blog Paslipis. Saya sebagai seorang yang mengetahui isu ini dan pernah bermain disini, Permainan Golf bukanlah satu permainan utk orang golongan kaya. Jika anda ketahui sekarang ini kita boleh mendapatkan satu set kayu golf yang lebih murah dari alat permainan yang lain. Cuma bagi yang berkemampuan itu cerita lain. Bermain ditengah panas, permainan lainpun begitu juga. Ini sikap orang kita yang suka mencari salah orang lain. Untuk penyelenggaraan pula pihak pengurusan menggunakan duit ahli golf sendiri dan juga sumbangan dari mereka yang memberi.

1 comment:

  1. Salam,

    Mengapa golf begitu mahal dipandang, si pemainnya juga agak mahal-mahal juga. Sebab selalunya hadiahnya terlalu mahal, padanlah dengan semua peeraltannya. Memang orangkaya sahaja yang mampu bergolf.

    jangan pula kalau bola tak masuk lubang, nak marahkan padang.....

    ReplyDelete