Thursday, March 5, 2009

PEMUDA CELAKA

Semua pihak tahu, pemuda harapan bangsa. tidak dapat tidak, kita sebagai pemuda merasa tempias diatas kata-kata biadab karpal. Tidak kira dari parti mana, agama apa, golongan mana. PEMUDA PAS, PEMUDA UMNO, PEMUDA KEADILAN atau sebagainya.
Celaka! Celaka! Celaka! Panas, Pedas mendengarnya. Ungkapan ini dilontarkan oleh Karpal dengan nada yang cukup berani. Dimana Pemuda-pemuda?Adakah anda semua diam seribu bahasa.
Setuju atau tidak kita terlalu menggunakan kebebasan bersuara hinggakan mereka tak sedar atau buat-buat tak sedar hinggakan seperti pepatah melayu "Kadut Naik Junjung". Kebebasan bersuara disalah erti.
Pemuda kampung malu melihat pertengkaran mulut disertai dengan insiden pergaduhan di luar dewan. Amat memalukan. Inikah keharmonian yang telah lama di pupuk oleh nenek moyang kita dahulu.

salam perkenalan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan kepada semua para pembaca blog yang dihormati. Diharap dengan kehadiran laman Blog ini akan dapat berkongsi maklumat dan apa-apa yang berkaitan.Bermula pada bulan mac ini, saya akan bersama-sama melontarkan pandangan, ideal, kritikan yang membina dari masa ke semasa.
Anak kampung yang bercita-cita besar meluahkan pendapat dari kaca mata orang-orang kampung.