Monday, June 28, 2010



“Saya simpati dengan mereka”
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran. “Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu. Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan. “Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz. Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam.

Sunday, January 31, 2010


Laporan desak Khairy letak jawatan tak tepat
JOHOR BAHRU 31 Jan. - Berita berhubung kononnya terdapat desakan daripada Exco Pergerakan Pemuda UMNO agar ketua mereka, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan, merupakan laporan yang tidak tepat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan tersebut seperti yang disiarkan beberapa laman blog rentetan mesyuarat khas exco pergerakan itu Khamis lalu adalah tidak benar.
''Mereka (penulis blog berkenaan) tidak tahu hujung pangkal topik yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco Pemuda UMNO baru-baru ini.
''Biarpun terdapat satu perkara yang tidak mencapai kesepakatan sekalipun, ia tidak perlulah (dianggap) sampai mendesak meletak jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.
Kelmarin, beberapa blog melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berdasarkan laporan blog berkenaan, Khairy diberi dua pilihan sama ada meletak jawatan dan membenarkan jawatan Ketua Pemuda dipangku timbalannya, Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru Pergerakan Pemuda UMNO dibuat secepat mungkin.
Sementara itu jelas Hishammuddin, laporan di laman-laman blog berhubung isu ini tidak akan membawa kepada pengukuhan parti seperti yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak laporan itu mungkin dibuat untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya demi keutuhan parti.
''"Semasa saya memegang jawatan itu dahulu pun, saya pernah didesak untuk meletak jawatan.
''Namun Alhamdulillah saya berjaya menerajuinya sepanjang 10 tahun ini dengan sokongan yang lain," katanya.


Komen kaweh...


Biasanya orang yang hebat ni ditakuti oleh lawan. seseorang yang genius dan berpandangan kehadapan adalah pemimpin yang di cari. selama ini pun apabila pemimpinn silih berganti perkara sedemikian sering terjadi. ( kaki bobek ). Mari kita bekerja jangan bekerja mencari salah orang lain. tak baik. kalau benar kata Blog, Jika di lihat sekarang ni beliau sering berdebat dengan pembangkang dan rasanya tiada lagi barisan exco seberani beliau. kalau asyik pandai mencari salah orang baik letak jawatan . lagi bagus. Lagi satu , Bagi penulis blog tu tulis la perkara-perkara yang benar. fitnah tu buruk padahnya.

Wednesday, January 27, 2010


khinzir di masjid


entah dimana salahnya. org semakin berani mempermainkan perkara-perkara sedemikian. Jika dahulu kita sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum di malaysia. Dimana Konsep masyarakat majmuk yang dulunya kita banggakan.


Jika inilah gurauan yang dimainkan, percayalah kita berada diambang kekecohan dan pasti rusuhan kaum akan berlaku..


bersatulah bagi mencari kebenaran.