Monday, August 17, 2009


NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA.
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir
KOMEN

Kalau mcm tu kita mari ramai-ramai masuk pas. dah tentu masuk syurga. cuma nak tanya apa yang Rasulullah Suruh kita beribadat, Seperti sembahyang tu nak buat ke tidak? sebab masuk syurga dah tentu, Cuma lambat je agaknya.

Sunday, August 16, 2009

H1N1 kini tahap tenat
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).
KOMEN
Dalam kita membenteras menularnya selsema BABI, Dimanakah perginya PAS, PKR Dan DAP. Kenapa mendiamkan diri. Adakah hanya Kerajaan yang diimpikan? Masalah ditinggalkan.Rakyat semakin Kurang. Dimanakah Nilainya nyawa? Hanya meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Saja? Parti yang mementingkan diri sendiri. HIDUP ANWAR..HIDUP NIK AZIZ.. HIDUP KARPAL SIGH...Hancusssssss....

Thursday, August 13, 2009

PENDIRIAN MB KELENTAN MENGELIRUKAN

SETIU 13 Ogos - Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering berubah-ubah berkaitan hukum agama dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap Nik Abdul Aziz yang tidak konsisten termasuk dalam isu penghinaan terhadap Islam oleh DAP jelas boleh memesongkan fahaman dalam Islam.
Beliau turut mempertikaikan keupayaan parti tersebut untuk menegakkan hukum hudud sedangkan pendirian pemimpinnya masih tidak tetap dan berubah-ubah.
"Kita bimbang, penghinaan terhadap agama (oleh DAP terhadap Islam) telah dihalalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim di sini hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana bagi Menteri Besar Kelantan itu, DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka mengenai Islam tidak mendalam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan kesuciannya telah disalahertikan oleh bukan Islam.

komen :

Sudah menjadi kebiasaan bila dah gila kuasa dan tamak hak sanggup membiarkan apa orang kata biarpun menghina agama Islam. Inikah pemimpin yang dianggap ulamak yang cuma membisu demi kepentingan politik beliau.

Tuesday, August 11, 2009


Maruah tergadai kerana janji
KUALA LUMPUR 12 Julai – ‘‘Setiap kali aku bernafas, aku mengingatimu.”Itulah antara ungkapan cinta indah dilafazkan oleh jejaka Arab kepada gadis yang ingin ditawan.
Wanita Malaysia jelita, pintar
KUALA LUMPUR 12 Julai – Kelembutan dan keayuan paras rupa wanita Malaysia khususnya gadis Melayu mendorong jejaka Asia Barat untuk menjalin hubungan cinta dengan mereka.


ggk rimba..


Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan.

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati
Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

ggk rimba..

Terlalu inginkan kuasa, arakpun boleh jadi halal. sedar la ooiii...

Monday, August 10, 2009

NEGARA DALAM BAHAYA


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.
GGK RIMBA
Sekiranya kita sudah tidak pandai melihat dan meneliti yang mana baik dan buruk, TERIMALAH AKIBATNYA .

Sunday, August 9, 2009

MALAYSIA BUKAN SARANG PENGANAS


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada sebab untuk pelaburan asing langsung (FDI) ke negara ini terjejas kerana Malaysia bukan sarang melatih pengganas.
Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki rekod cukup baik dalam memerangi aktiviti keganasan.
''Sebab itu Noordin Mat Top meninggalkan negara ini dan lari ke Indonesia. Jadi tanggapan itu (yang mengaitkan Malaysia sebagai sarang melatih pengganas) adalah sama sekali salah,'' katanya. [ KLIK ]


gagak rimba.


tetapi harus diingat, malaysia mungkin akan menjadi sarang pengganas jika tidak di bendung. Ini ternyata dapat dilihat sejak akhir-akhir ini ekoran dari beberapa siri demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali ini telahpun dilakukan oleh pihak PR dan adik beradiknya.